Arkib Blog

Khamis, 13 Disember 2012

  Bercuti dengan selamat


 Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari natal kepada semua terutama kepada pelajar dan kakitangan sk sri Gabungan. Untuk itu saya ingin berpesan kepada pelajar sk sri Gabungan agar tidak bermain mercun dan apa jua permainan yang boleh mengundang bahaya ketika menyambut perayaan ini. 
 Semua pelajar di minta berehat secukupnya dan buat kerja yang berfaedah ketika cuti sekolah ini. Tahun depan kita akan berjumpa lagi dan diharapkan agar pelajar telah pun bersedia menjalani sesi pembelajaran tahun 2013.

jumpa lagi.

 kepada semua pelajar berikut merupakan pautan laman web yang anda boleh kunjungi bagi pembelajaran atas talian.


pembelajaran tambahan atas talian
Astro tutor tv upsr- bahasa melayu
portal pendidikan utusan

semoga murid sekalin dapat memanfaatkannya sebaik mungkin.

Sabtu, 10 November 2012

Bahan pengajaran matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun Enam

Baca petikan cerita di bawah ini. Kemudian kenal pasti pengajaran
yang dapat diperolehi daripada cerita ini.

  Pada zaman dahulu, ada seorang kaya yang menyewakan sampan-sampannya kepada nelayan di kampungnya. sebagai bayaran, separuh daripada hasil tangkapan mereka akan diambilnya.
  Di kampungya itu juga, tinggal seorang nelayan yang sangat miskin. Acap kali dia tidak mampu untuk membayar harga sampan yang disewanya. Pada suatu  hari orang kaya itu enggan menyewakan lagi sampannya kepada  kepada nelayan miskin itu lagi. Nelayan miskin itu terpaksa menggunakan sampan buruk yang terbiar di depan rumah orang kaya itu.
   Mana-mana bahagian yang bocor ditampalnya. Dengan sampan itulah dia turun ke laut. Sambil menunggu mata kailnya diragut ikan, nelayan itu berangan-angan. "kalaulah aku kaya, akan kubantu orang-orang yang miskin," kata nelayan itu. Tiba-tiba, tali pancingnya direnggut. Sepantas kilat dia menarik tali pancingnya. "Wah, ikan besar! Dapatlah dibuat lauk malam ini," kata nelayan miskin itu.
  Adapun semasa menyiang ikan, nelayan itu ternampak akan sebutir geliga yang berkilau-kilauan di dalam perut ikan tadi. Dia hairan. Geliga itu disimpannya. Malam itu, dia bermimpi bertemu dengan seorang tua. "Gosoklah geliga sakti itu. Kelak kamu beroleh kekayaan," kata orang tua itu.
  Keesokan pagi, nelayan miskin itu menggosok geliga itu. Dalam sekelip mata saja di depannya ada berguni-guni emas. Alangkah gembiranya dia.
  Apabila kaya, nelayan miskin itu menunaikan janjinya, Dia membantu orang-orang miskin.

Pengajaran yang boleh di perolehi berdasarkan petikan cerita.

  • Setiap orang perlu berusaha untuk mencari rezeki. (sikap rajin)
  • Orang miskin perlu diberi bantuan oleh orang kaya.( sikap belas kasihan)
  • Kekayaan lebih banyak terdapat dilautan. (menghargai sumber alam)
  • kita hendaklah bersedia untuk membantu orang yang dalam kesusahaan. (sikap bantu-membantu)
  • Orang tamak selalu rugi.(sikap sederhana)
  • Mahir membuat sesuatu kerja boleh menghasilkan keuntungan. (kreatif dan inovatif)


Nilai-nilai murni yang unggul
  1. Baik hati- nelayan membantu orang miskin selepas dia menjadi seorang yang kaya.
  2. Rajin- bersusah payah membaiki sampan yang rosak sehinnga boleh digunakan untuk memancing
  3. Jujur dan amanah-nelayan menunaikan janjinya setelah dia menjadi kaya.
  4. Sederhana-menghargai barang-barang lama dengan membaiki semula sampan yang sudah buruk dan rosak.
  5. Belas kasihan, pemurah- menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan.
  6. Berdikari- nelayan berusaha sedaya -upaya sehingga mendapatkan sampan untuk kemudahan memancing ikan di laut.
  7. Keyakinan diri-murid berani tampil ke hadapan membentangkan hasil kerja mereka.
  8. Bersyukur-berkongsi keuntungan yang diperolehi kerana keuntungan tersebut adalah pemberian Tuhan yang maha kuasa.

  

Sabtu, 13 Oktober 2012

BAHAN PENGAJARAN  MATAPELAJARAN BAHASA MALAYSIA BAGI MURID TAHUN ENAM


kemahiran -1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Huraian hasil pembelajaran teras 1(iii) menjawab untuk menjelaskan sesuatu perkara yang di kemukakan dengan menggunakan bahasa yang santun.

Aktiviti murid (a) murid membina soalan yang menggunakan kata tanya dan tanpa kata tanya.
                     (b) memberikan penjelasan yang sesuai berdasarkan soalan yang dikemukakan 

Tajuk; Gurindam Nasihat

Kalau murid sikapnya tenang,
Kerja guru menjadi senang.

Kalau fikiran masih mentah,
Segala arahan sering dibantah.

Melentur buluh dari rebungnya,
Kalau tidak sukar jadinya.

Mendidik murid perlukan sabar,
Agar mereka dapat iktibar. 

Kalau sekolah tidak selamat,
Hendak belajar risaunya amat.

Bersih ceria sekolah kita,
Murid selesa mencapai cita.

Aktiviti

1. Dengar dan sebut perkataan yang terdapat dalam syair dengan jelas. kemudian, nyatakan makna perkataan yang berikut.

anggun                   berkarah                  menuntut             ceria
gundah                   membara                 terserlah              teguh
rintangan                tertumpah                mencurah            lelah

2.pilih lima perkataan di atas. Berdasarkan setiap perkataan tersebut , bina ayat dengan menggunakan kata tanya dan kata tanpa tanya.

   Contoh; gundah
a.Contoh ayat tanya dengan menggunakan kata tanya:
   Mengapakah awak kelihatan gundah?
b.Contoh ayat tanya tanpa menggunakan kata tanya:
   Kamu gundah?


Ayat tanya dengan menggunakan kata tanya menggandungi kata tanya
seperti siapa,mengapa, bila, bagaiman, apa, di mana dan berapa.

Menjawab soalan

jawab soalan ini berdasarkan syair yang telah kamu pelajari
  1. Nyatakan tiga ciri sekolah selamat
  2. Apakah yang kamu faham tentang "tersergam indah. kukuh dan megah?
  3. Bagaimanakah kejayaan dicapai oleh murid?
  4. Mengapakah murid pergi ke sekolah dengan hati yang riang?
  5. Apakah pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut?
    Nyatakan pandangan kamu.

Bangunan Sk Sri Gabungan
Bangunan kelas kabin Sk Sri Gabungan

Jumaat, 5 Oktober 2012




 Murid-murid sk sri Gabungan sedang mendengar taklimat daripada guru sukan sekolah En.Safry Molius
sebelum memulakan larian merentas desa peringkat sekolah pada 28 september 2012. Acara larian merentas desa ini merupakan persediaan murid-murid sebelum menyertai kejohanan sukan peringkat sekolah pada 10 okteber 2012 hingga 11 okteber 2012.
         Murid-murid tahun 6 sedang mengikuti kelas bimbingan penggunaan komputer yang dikendalikan oleh guru data sekolah En.Shahrulnizam Sayuti. Kelas bimbingan ini di jalankan secara intensif selepas murid tahun 6 menduduki peperiksaan upsr 2012. Kelas bimbingan ini memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara penggunaan komputer.