Arkib Blog

Sabtu, 10 November 2012

Bahan pengajaran matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun Enam

Baca petikan cerita di bawah ini. Kemudian kenal pasti pengajaran
yang dapat diperolehi daripada cerita ini.

  Pada zaman dahulu, ada seorang kaya yang menyewakan sampan-sampannya kepada nelayan di kampungnya. sebagai bayaran, separuh daripada hasil tangkapan mereka akan diambilnya.
  Di kampungya itu juga, tinggal seorang nelayan yang sangat miskin. Acap kali dia tidak mampu untuk membayar harga sampan yang disewanya. Pada suatu  hari orang kaya itu enggan menyewakan lagi sampannya kepada  kepada nelayan miskin itu lagi. Nelayan miskin itu terpaksa menggunakan sampan buruk yang terbiar di depan rumah orang kaya itu.
   Mana-mana bahagian yang bocor ditampalnya. Dengan sampan itulah dia turun ke laut. Sambil menunggu mata kailnya diragut ikan, nelayan itu berangan-angan. "kalaulah aku kaya, akan kubantu orang-orang yang miskin," kata nelayan itu. Tiba-tiba, tali pancingnya direnggut. Sepantas kilat dia menarik tali pancingnya. "Wah, ikan besar! Dapatlah dibuat lauk malam ini," kata nelayan miskin itu.
  Adapun semasa menyiang ikan, nelayan itu ternampak akan sebutir geliga yang berkilau-kilauan di dalam perut ikan tadi. Dia hairan. Geliga itu disimpannya. Malam itu, dia bermimpi bertemu dengan seorang tua. "Gosoklah geliga sakti itu. Kelak kamu beroleh kekayaan," kata orang tua itu.
  Keesokan pagi, nelayan miskin itu menggosok geliga itu. Dalam sekelip mata saja di depannya ada berguni-guni emas. Alangkah gembiranya dia.
  Apabila kaya, nelayan miskin itu menunaikan janjinya, Dia membantu orang-orang miskin.

Pengajaran yang boleh di perolehi berdasarkan petikan cerita.

  • Setiap orang perlu berusaha untuk mencari rezeki. (sikap rajin)
  • Orang miskin perlu diberi bantuan oleh orang kaya.( sikap belas kasihan)
  • Kekayaan lebih banyak terdapat dilautan. (menghargai sumber alam)
  • kita hendaklah bersedia untuk membantu orang yang dalam kesusahaan. (sikap bantu-membantu)
  • Orang tamak selalu rugi.(sikap sederhana)
  • Mahir membuat sesuatu kerja boleh menghasilkan keuntungan. (kreatif dan inovatif)


Nilai-nilai murni yang unggul
  1. Baik hati- nelayan membantu orang miskin selepas dia menjadi seorang yang kaya.
  2. Rajin- bersusah payah membaiki sampan yang rosak sehinnga boleh digunakan untuk memancing
  3. Jujur dan amanah-nelayan menunaikan janjinya setelah dia menjadi kaya.
  4. Sederhana-menghargai barang-barang lama dengan membaiki semula sampan yang sudah buruk dan rosak.
  5. Belas kasihan, pemurah- menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan.
  6. Berdikari- nelayan berusaha sedaya -upaya sehingga mendapatkan sampan untuk kemudahan memancing ikan di laut.
  7. Keyakinan diri-murid berani tampil ke hadapan membentangkan hasil kerja mereka.
  8. Bersyukur-berkongsi keuntungan yang diperolehi kerana keuntungan tersebut adalah pemberian Tuhan yang maha kuasa.